Credit Picture - From Mr. Google
Aku seorang Lone Ranger? Maybe ramai lagi tak tau apa itu Lone Ranger. Okay kat sini saya akan kongsikan berdasarkan pandangan dan pengalaman diri sendiri. Lone Ranger yang saya mention ini bukan movie Lone Ranger ya anak-anak. Harap maklum. hahaha. It just a character or personality.
Lone Ranger
- Selalu duduk sorang-sorang.
- Seorang yang hidupnya lebih tertumpu pada diri sendiri sahaja.
- Seorang yang tiada geng.(mudah bergaul dengan semua jenis geng)
- Seorang yang tabah dan mempunyai hati
sado. (bila ada masalah, yang mengubatkan hanya dirinya sendiri) - Seorang yang tidak mudah terikut-ikut.
- Seorang yang selalu membuat keputusan sendiri.
- Seorang yang perahsia.
- Seorang yang misteri.
- Seorang yang tidak sensitif.( tak sedar pun yang orang tu tengah perli dia) hahaha
- Seorang yang mudah menerima teguran.
- Seorang yang tidak menyusahkan orang lain.
- Seorang yang berdikari.
- Seorang yang confident.
- Seorang yang adapt dengan apa-apa situasi sekalipun.
- Seorang yang suka memerhatikan.
- Seorang yang berani. (campak saja saya kat mana-mana, insya allah saya boleh survive)
Ada orang yang tak boleh duduk sorang-sorang. Bagi saya, duduk sorang-sorang lebih selesa. Contohnya hidup saya di universiti. (pssttt saya student lagi) Kalau dulu masa sekolah saya ada geng(SAHABAT) untuk bergerak kemana-mana. Tapi bila masuk U ni saya tak rasa, saya perlukan geng. Cukup sekadar KAWAN sahaja, kawan yang saya maksudkan ini hanya kawan biasa sahaja yang mana saya hanya jumpa dalam kelas dan bertembung dekat hallway yang mana nombor telefon mereka saya ada tapi saya hanya hubungi mereka untuk perkara penting sahaja.
Saya seorang yang lebih selesa berjalan sendiri, kalau dulu waktu sekolah saya terlambat kerana tunggu geng. Tapi sekarang saya nak pergi kuliah @ class tak perlu tunggu sesiapa. (just angkat kaki dan jalan). Saya tak perlu risau kawan kecil hati or merajuk sebab kena tinggal.( It make me tired bila nak jaga hati orang tapi hati sendiri tak terjaga) Sigh.. Simple saja, bila sendiri saya tak menyusahkan orang lain dan orang lain tak menyusahkan saya.
Saya hidup di U ni dalam dunia sendiri. Kalau dulu saya malu + awkward bila makan sorang-sorang but now makan sorang-sorang dah jadi habit saya. Ada sahaja classmate saya, yang tahan perut daripada makan sebab malu nak makan sorang-sorang. WHAT?? Just biarkan apa orang nak cakap. (its your life right). Pernah orang cakap saya sombong sebab selalu asingkan diri daripada orang lain. It up to them to judge me. Me is me. What they say behind me doesn't bother me at all. Satu perkara yang buatkan saya jadi Lone Ranger ialah manusia. Sikap mereka yang suka cakap belakang, mengumpat, perli & etc. I tried to blend into their life, but they continue to disappoint me.
Jadi Lone Ranger ni bukannya senang, kena kental + sadokan hati & diri. (hahaha) Saya buat semua perkara sorang-sorang. Pergi library, pergi makan, tunggu bas, tidur, kedai, shopping, pergi class&kuliah, pergi HEP & Canselori, balik kampung, pergi klinik & etc. Dah jadi habit saya for being alone. Saya jenis yang tak suka menyusahkan orang dan bila nak pergi mana-mana berteman cause it make me look weak and doesn't know how to be independent.
Bagi saya jadi Lone Ranger ni banyak kebaikannya. It teach me to be independent. If ada masalah, saya akan cuba sehabis mungkin untuk selesaikan sendiri dan dengan Allah s.w.t sahaja tempat saya mengadu. Jika diberi pilihan, kawan adalah orang terakhir yang saya akan kongsi masalah sebab mereka adalah kawan bukan sahabat. Sahabat know me the best than kawan.
Okay, itu sahaja yang dapat saya kongsikan as a Lone Ranger.
If ada pertanyaan or nak kongsi apa-apa, boleh isi form di right sidebar. (FYI i'm a good listener )hehehe
Salamualaykum
~ OWL R.A.I.N ~